16 Mac 2017

Ke Sabah Bah Kita

   Assalamualaikum.
Baru-baru nie sis pegi travel ke Sabah dengan 10 travelmate yg sporting, ohsem dan tak banyak songeh. First time naik flight memang eksited gila la. Asyik usha tepi tingkap ja walaupun tak nampak apa :D

Basically, bajet semua sis sendiri pakai dalam RM250++ gitu tak termasuk tiket flight. Tiket book awal so dapat murah pergi balik KLIA2 ke KKIA cuma RM200. Kat sana sewa kereta siap-siap utk 4 hari 3 malam. Sebab kitorang ramai so memang jimat banyak tambah utk hotel, transport + minyak dan seafood hunting.


First Day
Sebab first day flight delay, so sampai KK dah maghrib. Teros gerak ke Tanjung Aru untuk lepak-lepak dan penuhkan perot sebab esoknya nak jalan banyak tempat. Tapi jangan terkejot la kalau makan mahal. Memang mahal kat sana. Haha.
Teros kitorang pecut rabat gunung ke Kundasang. KK-Kundasang around 2 jam gitu.
 Malam tu kitorang check in di Mile 36 Lodge di Kundasang. Tempat dia perghhh memang cun ala-ala kampung retro gitu. Sebab pinggang kebas duduk lama dalam flight, masing-masing zzzz tak sedo diri malam tu. 
Yang bestnya, hotel tu takda aircon pun. Tapi sejuk yakmat kalah aircon. Bawak sweater utk korang yang tak tahan sejuk okay. 


Second Day
Aku paling eksited sekali harini la sebab nak tengok Kinabalu. Pagi tu brekfes dulu kat hotel sebab free. Apa lagi makan jelah dah free. Haha. View masa brekfes penuh kabus. Rasa macam kat Korea pulak. 

Dah habis breakfes baru kabus hilang. Cantik kan view dia?

Bincang hal-hal negara. Haha padahal gosip.

Perot dah kenyang, kitorang pun shoot ke Desa Dairy Farm, Kundasang. Tempat tengok lembu New Zealand tu. Masuk cuma RM5 ja sorang. 
Masa nie Subhanallah dapat tengok Kinabalu yang megah tu rasa kecik sangat diri nie. Patutla Kinabalu jadi kebanggaan orang Sabah. Gah berdiri dengan gagahnya eh aku taktau la nak gambarkan tapi memang sumpah gah sangat.







View dia memang nice sangat-sangat. Berejam jugak stay sini sebab tak nak balik. Haha.
After semua dah boleh move on, kitorang gerak ke Poring Hot Spring. Kat sini ada Canopy Walk. Tak sangka kena hiking punya tinggi dengan pakai selipar jamban ja masa tu redah jelah. Tak ready mental weh. Memang penat hahaha.


Laluan Memanjat Ke Canopy Walk

Pit Stop Canopy Walk
Tinggi okay tempat nie 

Lepas dah bebel-bebel sebab penat punya pasal, kaki pun penat, so nak pegi Tagal Fish Spa pulak. Nie lagi satu tak expect. Ingatkan ikan kecik tapi besar gedabak siap gigit lagi. Jenuh jerit aku. Haha tapi takpe semua orang jerit jugak. Geli weh!



Tak jauh dari tempat nie boleh visit Sabah Tea. Masa kitorang sampai dah mendung. Elok tengah amik gamba teros hujan. Maka berlari-larilah masuk kete tido. Haha


Last tempat yang kena pergi dan akan rasa menyesal kalau tak pegi is Kinabalu Park. Walaupun tengah hujan tapi kitorang gagahkan jugak nak pegi. Kalau tak pegi sekarang bila lagi ye dok? Pointnya nak tengok view Kinabalu. Tapi sebab kabus tebal, nampak sikit2 saja. Bolehla dari takda langsung. Hehe




One fine day nak datang sini balik dan nak hike awak Encik Kinabalu. Hewhew
Done untuk hari ini. Kitorang shoot ke Kota Kinabalu, makan, dan check in hotel. Kebetulan depan hotel ada pasar malam. Round-round dulu sebelum zzz.


Third Day
Third day is pulau dayyyyy. Nak pegi snorkeling even penakut air sangat-sangat. Tapi nak jugak main air. hehe. Sampai di Jeti Jesselton, memang akan pening tengok banyak gila kaunter. Dan sebab nak jimat punya pasal, kitorang survey setiap kaunter dan dapat pakej yang paling murah rm48 untuk 3 pulau. Boleh add kalau nak main parasailing, banana boat, etc. Ikot bajet korang la. 

Pukul 10 gerak ke Pulau Sapi. Setiap pulau boleh stay 2 jam. Lepastu kitorang pegi pulak ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Dapat tengok ikan comel-comel tapi tu la aku nie penakut sikit. Tapi takut-takut pun dapat jugak tengok haha. Rezeki. 





Hujan lebat masa nak balik ke Jeti Jesselton around pukul 5 ptg masa tu. So masa naik bot tu dapat rasa la tamparan air hujan lebat teros ke pipi yang burn terok itu haha pedih siot. Lagi satu lapar sangat sampaikan roti makanan ikan pun kitorang makan. Haha.
Nasib baik dekat dengan hotel ada 7 Eleven, maka kami pun melantak maggi cup sebelum acara seafood hunting malam kang. 

Sebab kebulur sangat malam tu kitorang sampai sesat la nak cari kedai makan seafood banyak-banyak tu. Siap boleh lepas ke tempat pub mana ntah haha hilang arah tuju dengan penat dengan lapar dengan takleh fikir.
Alhamdulillah jumpa jugak lepas patah balik. 
Apa lagi, makan sampai lebam :D





Bila dah kenyang, nak balik tido, baru sedar yang kitorang silap jugak, itu bukan kedai makan yang kitorang cari. Dah la jalan kaki tengah hujan. Rupanya salah kedai. Haha adoii kelakar sekor-sekor. Sorang bayar RM19 termasuk dengan nasi dan lauk-lauk yang kitorang order. 

Final Day
Pagi nie sedih sikit sebab dah tahu nak tinggalkan Sabah dah. Uhuk. Pagi tu kitorang pegi melawat Kota Kinabalu Wetland Centre. Dalam tu ada kawasan paya bakau yang cantik sangat. So kitorang yang bakal-bakal cikgu nie pun buatla lawatan sambil belajar kononnya sambil menikmati keindahan alam gitcheww. Ilmiah bukan? Haha




Last tempat sebelum balik semenanjung ofkos la shopping untuk yang tersayang. Pasar Sinsuran is the best place sebab banyak pilihan, murah dan taktau nak pilih yang mana satu. Takda gambar sebab masing-masing sibuk pilih barang haha. 

Habis shopping kitorang singgah di Masjid Terapung KK, menunaikan panggilan Ilahi. 
Then ini baru betul last, Signal Hill atau Bukit Bendera. Ingatkan Penang je ada Bukit Bendera. Sini pun ada. Boleh tengok view seluruh bandar Kota Kinabalu. Nice sangat. 



Semua eksited rasmi baju baru. Haha bau Sabah bah
Dah puas melepak, maka bergeraklah kami ke Kota Kinabalu International Airport. Pulanglah ke semenanjung.
This is our journey. Alhamdulillah, selamat pergi dan balik. 
Terima kasih my travelmate. Thanks for the memories. Muah. 














30 November 2016

For The Sake Of A Degree Scroll

Hai. Sis dah habis belajar. 
Finally kan. Lima tahun setengah kot kat sini.
Bukan setakat tua, dah mereput pun. Haha.

Nak move on tu amik masa lama kot. Member semua dah packing barang, naik flight, sampai dah rumah, tapi aku still kat maktab. 
5 hari jugak la aku stay sementara nak amik mood tu.
Maklumla, IPG nie pun dah nak tutup tak lama lagi. So aku pun habiskan masa pusing sana pusing sini untuk kali yg terakhir.

Final day, aku kuatkan jugak semangat nak balik. 
Teriak kot. 
Sebab tu amik gamba pun pakai spek. Haha. Macam budak-budak.




And yes, sekarang tengah jadi penganggur sementara. 
Till we meet again, IPG Kampus Tuanku Bainun.

Kopi Putih was here, 2011-2016

11 Januari 2016

Short Vacay Penang



Alhamdulillah , tamat dah short vacay 4 hari 3 malam dengan family and member dari GMI (German-Malaysian Institute). 
Thanks Acai, Amoy, Along and Angah sudi bertandang ke negeri kami . Next time tunggu ambe datang tempat korang pulak . Heheh

Day 1

Pasembor Menari, Gurney Drive

Day 2


Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet


Day 3
Escape Park, Penang









Day 4
3D Museum & Street Art















Thanks gaisss for all the memories :)